22 June 2017

Lasagna: Simple and Tasty


Assalamu'alaikum!

Yesterday I decided to make a Lasagna for iftar. Where I memang suka unplanned benda-benda macam ni. Tengok apa yang ada dalam fridge, then kita customize la.

So here we go,

Bahan Tumisan:
1 Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih
2 Sudu Besar, Cili giling/boh

Daging Lembu Kisar (Ramly)
Prego Mushroom Pasta Sauce 680g
Garam secukup rasa
1½ jar air (guna jar prego tu)

Lasagna Pastry (Agnesi) nak guna San Remo pun boleh

Cheddar Cheese (Cowhead) sebab Kraft punya mahal wehhh!



Pastry ni, rendam dengan air panas. Isi air panas dalam bekas (I guna bekas kaca tahan panas), lepastu masukkan satu-satu slice supaya tak melekat. Bila dia dah lembut, asingkan supaya tak melekat. Rendam cukup setakat yang nak guna 💚



 Nak guna jenama lain pun takpe 😃



I guna yang mushroom, sebab... I suka la hahaha!

Gambar: Ihsan Prof Gugel 😌

Keluarkan dari freezer dulu tau, bagi hilang beku. Jangan keras berdekung hang pi campak masuk terus pulak!

Gambar: Ihsan Prof Gugel 😙


STEPS



Okay, first step, jangan lupa baca bismillah pastu panaskan minyak dulu ye anak-anak. tumiskan bawang besar, bawang putih dengan cili giling. Kalau nak extra pedas, tambah la lagi cili giling tu. Semoga sakit perut! Ok gurau 😝

Bila dah wangi tu, masukkan dua-dua daging kisar (satu pek kecil tu ada dua buku daging kisar). Make sure daging tu hancurkan dia. Jangan bagi berketul-ketul.

Nampak daging tu dah mula masak, masukkan sos Prego. Dah tuang sos tu, isi air dalam jar, tutup, kocakkan dia, pastu tuang dalam periuk. Isi lagi separuh, kocak sikit, tuang dalam periuk.

Bila dah mula mendidih, letak garam secukup rasa.



Tengok tekstur pastry tu, ha gitu la.

Susun satu satu, letak daging yang kita masak tadi. Lapiskan dengan Cheddar Cheese. Ulang 3 kali. Lapisan ke-4 (yang atas sekali, tak payah letak pastry dah, atas sekali tu daging tadi dengan cheese).

  

I guna bekas kaca, tapi yang tahan panas tau, kalau takde, jangan gi guna bekas kaca biasa tu kang pecah lak. Boleh guna bekas aluminium (kat kedai banyak hahaha 😆).



Cover dengan aluminium foil, lepastu bake 170°C-180°C // 30-40 minutes.



Look at the cheesy texture gaissss!



Yahtzee! Ready to eat 😋😋

Senang kan? Tak yah susah-susah beli bahan yang mahal-mahal pun. Guna je apa yang ada dekat dapur tu. Selamat mencuba!

20 June 2017

Ramadan: Are we giving our BEST?

Assalamu'alaikum!

Semua orang tahu Ramadan will be leaving in a few days from now. The clock will keeps on ticking and there's nothing can stop it from walking away. Persoalannya, apa yang kita buat setakat 25 Ramadan ni? Masih perangai sama macam selalu ke? Bangun semata nak pergi sekolah, kelas, kerja? Tapi disebabkan dalam bulan Ramadan, kita bangun tukar sikit niat, sebab NAK SAHUR. Kan?

Look, betul bangun sahur tu ada berkat. But take a look from a different perspective.

---

Let me give a comparison between 2 situations.

Situation 1:

Kita siap tugasan semua sebelum tidur, estimate selesai taraweeh, settlekan kerja mana yang patut at 00:00. Kira lewat juga lah tidur tu. Bangun at 02:00, mandi solat taubat, sunat, tahajjud, mengaji until sahur. After azan, solat subuh mengaji lagi sikit then boleh la siap pergi sekolah, kelas, kerja dan sebagainya.

Before zohor take a nap for 15-30 minutes. Bangun bersihkan diri, solat zohor, sambung buat our daily activities. Solat asar. Lepastu balik rumah, asrama, masak sikit or beli. Iftar seringkas yang mungkin. I would suggest minum air masak instead of air manis. Nanti cepat haus kalau minum air manis, lagipun tak elok minum manis.

Lepas solat maghrib, mengaji sampai Isya', (prepared a water bottle sebab taknak turun dapur bila haus). Solat isya', solat taraweeh, witr. Buat la apa-apa kerja yang nak siapkan malam tu sebelum tidur.

Situation 2:

Bangun sebab nak sahur, solat subuh tak pun. Bersiap nak pergi sekolah, kelas, kerja. Buat aktiviti all day long. Letih. Sampai malam je nak berbuka, time ni semangat sebab macam esok dah nak mati tak sempat makan dah. Tidur, solat ikut sempat je. Tak sempat, takde rasa bersalah bila tinggal. Tahajjud takmau bangun sebab tak cukup tidur katanya nanti. Takut letih.

---

Dah baca?

Dekat SITUATION 1, orang tu boleh buat macam-macam kerja, tapi takde rasa letih. Why? Sebab kalau nak tahu, bila kita bangun malam, beribadah, itu adalah punca kita charge tenaga kita.

Take a nap, atau qailullah bantu kita mudah bangun malam.

Let me share something that might help.

Dulu masa form 4 (fasa mula nak berubah to a better version in shaa Allah), I start bangun malam. Wallahi, mengantuk betul! Nak tahajjud tu berapa banyak kali menguap. Tu baru 2 rakaat. Nak sambung mengaji? Macam takde harapan je.

Jadi, abah kongsi tips dengan I. Masa tu bukan bulan Ramadan tau. Tapi I apply.

Apa abah ajar?

Sebelum tidur, berwuduk. After selesai doa tidur, 3 Qul, ayat kursi, tasbih fatimah, maafkan orang, dan sebagainya. Niatkan: "Ya Allah, cukupkanlah tidurku dan bangunkanlah I pada waktu termakbulnya doa", lepastu bolehlah mengucap dan bummm tidur~

Alhamdulillah, sampai sekarang I buat. I tak set alarm clock dah sejak tu. Pukul 2 ke atas akan automatic terbangun. Masa nak solat takde menguap dah. Bila siang sampai tengah hari pun badan tak penat. Sebab tadi kita dah niat supaya Allah cukupkan tidur kita. Walau 2-3 jam sahaja rehat, tapi akan rasa cukup.

Sebagai perempuan, bila musim cuti I sampai, pukul 2-3 pagi tu I masih terbangun, dulu I tak tahu nak buat apa, nak tidur tapi tak ngantuk. Lepastu I bangun cuci muka, buka Quran tafsir, baca. Masa sahur, turun je macam biasa sahur. Walaupun tak boleh puasa. Semoga Allah kekalkan nikmat ni.

SITUATION 2. Tak rasa ke sia-sia Ramadan berlalu dalam hidup dia? Kesian kan? Penat tapi tak produktif. Ramadan ke tak Ramadan ke, tak membantu pun hidup dia. Cuma dapat penat. Jadi hamba dunia. Puasa yang sia-sia.

Dulu sebelum rasa nak berubah, I macam ni lah kot. Except part solat tuh. Solat je tapi takde nak bangun malam, puasa gi sekolah, balik letih. Rasa kosong je Ramadan I dulu.

Tahu tak apa lagi rugi? Rugi bila beribadah ikut jadual. Orang kata mungkin malam ni Lailatul Qadar, barulah nak mengaji, bangun malam. Sebelum-sebelum ni tak sentuh pun Quran. Hahaha. I tahu semua orang nak dapatkan Lailatul Qadar. Tapi cuba sebaik mungkin untuk istiqamah. Ikhlaskan hati. Bangun beribadah masa orang lain sedap tidur ni, bukan semua orang mampu. Tak kiralah dah lepas ke belum Lailatul Qadar, kita kena beribadah TANPA SYARAT.

Nak kejar syurga? Layak ke kita yang banyak dosa ni nak jejak syurga? Kalau macam tu, baik tak payah bangun malam? BUKAN! Ikhlas tu, kita tak perlu tanya apa ganjaran. Tapi ada satu benda yang kita boleh rasa bila kita ikhlas... Tenang.

IFTAR

Dah jadi trend sekarang ni reunion iftar, class iftar, schoolmates iftar and etc. Masa bukan bulan Ramadan, ada tak kita ajak geng puasa sunat Isnin, Khamis? Lepastu Iftar ramai-ramai?

Perasan tak, elok-elok kita boleh fokus ibadah, ni waktu nak berbuka tu sibuk gelak ketawa nak cerita semua benda sebab lama tak jumpa. Waktu nak berbuka tu antara waktu makbul doa. Kenapa kita sia-siakan? Iftar dekat luar, solat maghrib dah nak dekat masuk waktu isya' sebab masing2 leka.

Apa salahnya berbuka yang simple, prepare dalam wuduk, lepastu solat maghrib berjamaah. Lepas solat boleh sambung makan, waktu maghrib ni singkat je sayang.

Tak kurang hebatnya bila iftar ramai-ramai, ikhtilat langsung tak jaga. BOLEH MAKAN DEKAT MEJA YANG BERASINGAN. Kenapa duduk bersebelahan lelaki perempuan yang BUKAN MAHRAM? Nak iftar ramai-ramai, buat dua kumpulan, tak ada masalah nak pergi tempat sama. Jaga batas, Allah Maha Melihat, malaikat terus mencatat.

Sebenarnya boleh je ajak member iftar ramai-ramai dekat masjid, masa nak dekat berbuka tu, fokus doa minta dekat Allah semoga kita kekal berada dalam Islam, sehingga meninggal kelak dalam keadaan yang beriman. Orang yang prepare juadah berbuka pun dapat pahala menjamu orang yang berpuasa. Tak payah susah-susah nak spend duit untuk iftar yang lebih melalaikan berbanding mendekatkan diri kepada Allah.

Malam-malam Ramadan ni, masih ada lagi yang melepak dekat kedai-kedai mamak, 24 hours restaurant and etc. Dekat masjid dah anjur macam-macam aktiviti, lepas taraweeh ada tadarus, ceramah. Tapi kita pilih nak hang out dengan member?

Ada satu lagi benda abah selalu ingatkan, "kita nak pergi mana-mana, cuba kita fikir, andai ajal kita sampai, kita nak meninggal dekat mana?"

Memang orang boleh jawab, semua orang akan meninggal. Dekat mana-mana pun boleh meninggal. Tapi dalam keadaan apa kita nak meninggal tu? Meninggal tengah solat sunat ke meninggal tengah lepak kedai mamak?

Sementara berbaki berberapa hari lagi Ramadan ni, gunakanlah sebaik mungkin. Kita dah banyak sangat leka. Sudah-sudahlah. Semoga Ramadan kali ni jadi titik tolak perubahan kita dalam mendekatkan diri dengan Allah :)


Malam 23 Ramadan, Ahad, hujan, sejuk. Tak bahang macam selalu. Ni gambar yang abah ambil pagi dalam pukul 11:00. Selalunya panas, silau. Tapi haritu matahari tak terasa panas. Gambar ni takde edit apa-apa, I tambah watermark je. I tak kata malam tu Lailatul Qadar. Tapi, cantikkan pemandangan ni?

Perasaan yang kita ada sekarang, masing-masing berbeza. Tapi sungguh, kita akan rasa tenang dengan keikhlasan. Buatlah apa pun dengan ikhlas. Walaupun nak lepaskan benda yang paling kita sayang, ikhlaskan. Dengan itu kita akan rasa nikmat ketenangan.

Teruskan beribadah. TANPA SYARAT.

12 June 2017

Brownies: Chocolate Makes Dina Happy

Assalamu'alaikum!

So, as promised, I'll share my Brownies secret! Hashtag Kak Dina's Tips and Tricks hiks! ;)

Tapi sebelum tu, I'm a human. I do make mistakes. So, in order to get a perfect taste of Brownies, It took me four times to do so. My very first attempt, which is I tak ambil gambar, RENTUNG! Rentung gais. Hahaha. Tapi pengajarannya, jangan careless. Semua dah betul except for selector. I lupa nak check, dia panas bahagian atas je. Sedap tu sedap. Cuma atas dia hodoh nau, hitam. Tapi guess what? Habis jugak adik-adik I makan. Dia rasa pahit-pahit manis.



First dengan second attempt, I buat hari yang sama, 6th June 2017. Atas ni gambar Brownies bagi percubaan kedua. Rasa dia biasa & kering sikit. I tak sure mana silap dia. Cuma yang I boleh cakap, I tak sukat bahan accurately untuk yang kedua ni. Sebab? I malas. Tapi habis jugak yang ni pun xD



Percubaan yang seterusnya pada 9th June 2017. I buat sebab adik I balik. Sedap memang sedap. Tapi LEMBIK. Tekstur atas dia MEREKAH. Rasa macam makan moist choco cake instead of Brownies.

Brownies tak rupa brownies. Melekat dalam loyang tu. Nasib letak alas bawah dia.

But still, HABIS malam tu jugak! Dasyat adik-adik I.

NOW THE 4TH ATTEMPT

11th June 2017 


PERFECTO!

Jadi baru sekarang berani nak share resepi yang I buat. Korang boleh try.

Bahan-bahan ni I list out basically untuk beginners. Just in case korang tak pernah bake sebelum ni. Jadi entri ni dapat lah bantu sikit-sikit. Mana la tahu raya ni brownies jadi one in your must bake menu ke? Kan? (Ruang kosong tu later I update eh).



Quantity
Needed
1
Beryls Dark Compound Chocolate
1 kg
250 g
2
Buttercup
1 kg
³/₄ cup
3
Serbuk Koko
0.5 kg
¹/₄ cup
4
All-purpose flour
1 kg
³/₄ cup
5
Garam

1 teaspoon
6
Eggs
10
2
7
Sugar
250 g
1¹/₄ cups
8
Vanilla
25ml
2 teaspoons





Square Board
1
10"

Square Tin
1
9"x 9"x 3"

Stainless Steel Whisk
1
10 Inches

Flour Sifter: Ayak Tepung
1
15 cm


P R E P A R A T I O N

  1. Panaskan oven dulu, 180°C.


2. Separuh potong dadu. Separuh lagi cairkan.

3. Mix butter (yang dah dicairkan) dengan gula, masukkan telur dgn esen vanilla, mix dalam 1-2 minit sampai mixture tu jadi fluffy dan warna cerah.

4. Masukkan coklat yang dah dicairkan (pastikan tak terlalu panas, kalau tak nanti telur tu masak), lepastu ayakkan tepung, serbuk koko, dan garam.

5. Gaulkan semua bahan tu, tapi hati-hati jangan overmix, nanti brownies jadi tekstur macam kek.


6. Masukkan separuh lagi coklat yang dah potong tadi. Part ni korang boleh buat salah satu cara. Nak gaul siap-siap sebelum tuang dalam loyang, atau dah tuang, baru tabur atas dia. Jangan lupa sapu butter dekat dalam keliling loyang dan alas tau.


7. Bakar selama 20-25 minit, terpulanglah nak tahap kelembapan (bukan kebodohan) brownies macam mana. Hahaha!



Few simple steps and you are ready to go! TADAAA! Dah siap.

Rasa chocolate yang kita tabur or mix last tu, cair dalam mulut. Tekstur akhir kalau tabur chocolate atas dia, akan jadi mcm dalam gambar. Kalau dah mix dulu baru tuang dalam loyang, kedut atas dia kan jadi smooth je. But both have a great taste ;D

Potong je, terus kena sambar. Tak menyempat. Paling banyak makan, cuba teka siapa? ABAH la siapa lagi. One thing people should know is, benda yang I selalu masak, bake... Semua favorite Abah.

I ada satu perangai, I rasa pujian Abah je paling ikhlas. Dan I cuma suka kena puji dengan Abah. Kalau orang lain puji, I tak rasa apa sangat. Tapi pujian daripada mulut Abah tu sangatlah bermakna. Orang lain kaki bodek. Cover banyak. Tapi Abah bila I buat tak jadi sebelum ni, Abah jujur je cakap mana yang tak okay. So, I nak try lagi sampai Abah kata lulus.

& I MADE IT GAISSSS! ALHAMDULILLAH.

There's no reason to give up. Try and try again. Tak rugi kan terus usaha, terus mencuba? Orang malas tu yang takmo cuba, takmo baiki kesilapan, dia yang rugi. Jangan jadi orang yang rugi ok! Don't let anyone or anything hold you back.

Okay dah. Semoga bila kalian masak untuk mak ayah, suami & anak-anak, dan mereka suka... I harap I dapat saham pahala jugak in shaa Allah, aamiin!

Till next time :)