22 June 2017

Lasagna: Simple and Tasty


Assalamu'alaikum!

Yesterday I decided to make a Lasagna for iftar. Where I memang suka unplanned benda-benda macam ni. Tengok apa yang ada dalam fridge, then kita customize la.

So here we go,

Bahan Tumisan:
1 Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih
2 Sudu Besar, Cili giling/boh

Daging Lembu Kisar (Ramly)
Prego Mushroom Pasta Sauce 680g
Garam secukup rasa
1½ jar air (guna jar prego tu)

Lasagna Pastry (Agnesi) nak guna San Remo pun boleh

Cheddar Cheese (Cowhead) sebab Kraft punya mahal wehhh!



Pastry ni, rendam dengan air panas. Isi air panas dalam bekas (I guna bekas kaca tahan panas), lepastu masukkan satu-satu slice supaya tak melekat. Bila dia dah lembut, asingkan supaya tak melekat. Rendam cukup setakat yang nak guna 💚



 Nak guna jenama lain pun takpe 😃



I guna yang mushroom, sebab... I suka la hahaha!

Gambar: Ihsan Prof Gugel 😌

Keluarkan dari freezer dulu tau, bagi hilang beku. Jangan keras berdekung hang pi campak masuk terus pulak!

Gambar: Ihsan Prof Gugel 😙


STEPS


video

Okay, first step, jangan lupa baca bismillah pastu panaskan minyak dulu ye anak-anak. tumiskan bawang besar, bawang putih dengan cili giling. Kalau nak extra pedas, tambah la lagi cili giling tu. Semoga sakit perut! Ok gurau 😝

Bila dah wangi tu, masukkan dua-dua daging kisar (satu pek kecil tu ada dua buku daging kisar). Make sure daging tu hancurkan dia. Jangan bagi berketul-ketul.

Nampak daging tu dah mula masak, masukkan sos Prego. Dah tuang sos tu, isi air dalam jar, tutup, kocakkan dia, pastu tuang dalam periuk. Isi lagi separuh, kocak sikit, tuang dalam periuk.

Bila dah mula mendidih, letak garam secukup rasa.


video

Tengok tekstur pastry tu, ha gitu la.

Susun satu satu, letak daging yang kita masak tadi. Lapiskan dengan Cheddar Cheese. Ulang 3 kali. Lapisan ke-4 (yang atas sekali, tak payah letak pastry dah, atas sekali tu daging tadi dengan cheese).

  

I guna bekas kaca, tapi yang tahan panas tau, kalau takde, jangan gi guna bekas kaca biasa tu kang pecah lak. Boleh guna bekas aluminium (kat kedai banyak hahaha 😆).



Cover dengan aluminium foil, lepastu bake 170°C-180°C // 30-40 minutes.



Look at the cheesy texture gaissss!



Yahtzee! Ready to eat 😋😋

Senang kan? Tak yah susah-susah beli bahan yang mahal-mahal pun. Guna je apa yang ada dekat dapur tu. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaknya dia berbuat baik kepada jirannya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaknya dia berkata baik atau diam.

(HR. Bukhari Muslim, Ahmad, dan Tirmidzi)