20 June 2017

Ramadan: Are we giving our BEST?

Assalamu'alaikum!

Semua orang tahu Ramadan will be leaving in a few days from now. The clock will keeps on ticking and there's nothing can stop it from walking away. Persoalannya, apa yang kita buat setakat 25 Ramadan ni? Masih perangai sama macam selalu ke? Bangun semata nak pergi sekolah, kelas, kerja? Tapi disebabkan dalam bulan Ramadan, kita bangun tukar sikit niat, sebab NAK SAHUR. Kan?

Look, betul bangun sahur tu ada berkat. But take a look from a different perspective.

---

Let me give a comparison between 2 situations.

Situation 1:

Kita siap tugasan semua sebelum tidur, estimate selesai taraweeh, settlekan kerja mana yang patut at 00:00. Kira lewat juga lah tidur tu. Bangun at 02:00, mandi solat taubat, sunat, tahajjud, mengaji until sahur. After azan, solat subuh mengaji lagi sikit then boleh la siap pergi sekolah, kelas, kerja dan sebagainya.

Before zohor take a nap for 15-30 minutes. Bangun bersihkan diri, solat zohor, sambung buat our daily activities. Solat asar. Lepastu balik rumah, asrama, masak sikit or beli. Iftar seringkas yang mungkin. I would suggest minum air masak instead of air manis. Nanti cepat haus kalau minum air manis, lagipun tak elok minum manis.

Lepas solat maghrib, mengaji sampai Isya', (prepared a water bottle sebab taknak turun dapur bila haus). Solat isya', solat taraweeh, witr. Buat la apa-apa kerja yang nak siapkan malam tu sebelum tidur.

Situation 2:

Bangun sebab nak sahur, solat subuh tak pun. Bersiap nak pergi sekolah, kelas, kerja. Buat aktiviti all day long. Letih. Sampai malam je nak berbuka, time ni semangat sebab macam esok dah nak mati tak sempat makan dah. Tidur, solat ikut sempat je. Tak sempat, takde rasa bersalah bila tinggal. Tahajjud takmau bangun sebab tak cukup tidur katanya nanti. Takut letih.

---

Dah baca?

Dekat SITUATION 1, orang tu boleh buat macam-macam kerja, tapi takde rasa letih. Why? Sebab kalau nak tahu, bila kita bangun malam, beribadah, itu adalah punca kita charge tenaga kita.

Take a nap, atau qailullah bantu kita mudah bangun malam.

Let me share something that might help.

Dulu masa form 4 (fasa mula nak berubah to a better version in shaa Allah), I start bangun malam. Wallahi, mengantuk betul! Nak tahajjud tu berapa banyak kali menguap. Tu baru 2 rakaat. Nak sambung mengaji? Macam takde harapan je.

Jadi, abah kongsi tips dengan I. Masa tu bukan bulan Ramadan tau. Tapi I apply.

Apa abah ajar?

Sebelum tidur, berwuduk. After selesai doa tidur, 3 Qul, ayat kursi, tasbih fatimah, maafkan orang, dan sebagainya. Niatkan: "Ya Allah, cukupkanlah tidurku dan bangunkanlah I pada waktu termakbulnya doa", lepastu bolehlah mengucap dan bummm tidur~

Alhamdulillah, sampai sekarang I buat. I tak set alarm clock dah sejak tu. Pukul 2 ke atas akan automatic terbangun. Masa nak solat takde menguap dah. Bila siang sampai tengah hari pun badan tak penat. Sebab tadi kita dah niat supaya Allah cukupkan tidur kita. Walau 2-3 jam sahaja rehat, tapi akan rasa cukup.

Sebagai perempuan, bila musim cuti I sampai, pukul 2-3 pagi tu I masih terbangun, dulu I tak tahu nak buat apa, nak tidur tapi tak ngantuk. Lepastu I bangun cuci muka, buka Quran tafsir, baca. Masa sahur, turun je macam biasa sahur. Walaupun tak boleh puasa. Semoga Allah kekalkan nikmat ni.

SITUATION 2. Tak rasa ke sia-sia Ramadan berlalu dalam hidup dia? Kesian kan? Penat tapi tak produktif. Ramadan ke tak Ramadan ke, tak membantu pun hidup dia. Cuma dapat penat. Jadi hamba dunia. Puasa yang sia-sia.

Dulu sebelum rasa nak berubah, I macam ni lah kot. Except part solat tuh. Solat je tapi takde nak bangun malam, puasa gi sekolah, balik letih. Rasa kosong je Ramadan I dulu.

Tahu tak apa lagi rugi? Rugi bila beribadah ikut jadual. Orang kata mungkin malam ni Lailatul Qadar, barulah nak mengaji, bangun malam. Sebelum-sebelum ni tak sentuh pun Quran. Hahaha. I tahu semua orang nak dapatkan Lailatul Qadar. Tapi cuba sebaik mungkin untuk istiqamah. Ikhlaskan hati. Bangun beribadah masa orang lain sedap tidur ni, bukan semua orang mampu. Tak kiralah dah lepas ke belum Lailatul Qadar, kita kena beribadah TANPA SYARAT.

Nak kejar syurga? Layak ke kita yang banyak dosa ni nak jejak syurga? Kalau macam tu, baik tak payah bangun malam? BUKAN! Ikhlas tu, kita tak perlu tanya apa ganjaran. Tapi ada satu benda yang kita boleh rasa bila kita ikhlas... Tenang.

IFTAR

Dah jadi trend sekarang ni reunion iftar, class iftar, schoolmates iftar and etc. Masa bukan bulan Ramadan, ada tak kita ajak geng puasa sunat Isnin, Khamis? Lepastu Iftar ramai-ramai?

Perasan tak, elok-elok kita boleh fokus ibadah, ni waktu nak berbuka tu sibuk gelak ketawa nak cerita semua benda sebab lama tak jumpa. Waktu nak berbuka tu antara waktu makbul doa. Kenapa kita sia-siakan? Iftar dekat luar, solat maghrib dah nak dekat masuk waktu isya' sebab masing2 leka.

Apa salahnya berbuka yang simple, prepare dalam wuduk, lepastu solat maghrib berjamaah. Lepas solat boleh sambung makan, waktu maghrib ni singkat je sayang.

Tak kurang hebatnya bila iftar ramai-ramai, ikhtilat langsung tak jaga. BOLEH MAKAN DEKAT MEJA YANG BERASINGAN. Kenapa duduk bersebelahan lelaki perempuan yang BUKAN MAHRAM? Nak iftar ramai-ramai, buat dua kumpulan, tak ada masalah nak pergi tempat sama. Jaga batas, Allah Maha Melihat, malaikat terus mencatat.

Sebenarnya boleh je ajak member iftar ramai-ramai dekat masjid, masa nak dekat berbuka tu, fokus doa minta dekat Allah semoga kita kekal berada dalam Islam, sehingga meninggal kelak dalam keadaan yang beriman. Orang yang prepare juadah berbuka pun dapat pahala menjamu orang yang berpuasa. Tak payah susah-susah nak spend duit untuk iftar yang lebih melalaikan berbanding mendekatkan diri kepada Allah.

Malam-malam Ramadan ni, masih ada lagi yang melepak dekat kedai-kedai mamak, 24 hours restaurant and etc. Dekat masjid dah anjur macam-macam aktiviti, lepas taraweeh ada tadarus, ceramah. Tapi kita pilih nak hang out dengan member?

Ada satu lagi benda abah selalu ingatkan, "kita nak pergi mana-mana, cuba kita fikir, andai ajal kita sampai, kita nak meninggal dekat mana?"

Memang orang boleh jawab, semua orang akan meninggal. Dekat mana-mana pun boleh meninggal. Tapi dalam keadaan apa kita nak meninggal tu? Meninggal tengah solat sunat ke meninggal tengah lepak kedai mamak?

Sementara berbaki berberapa hari lagi Ramadan ni, gunakanlah sebaik mungkin. Kita dah banyak sangat leka. Sudah-sudahlah. Semoga Ramadan kali ni jadi titik tolak perubahan kita dalam mendekatkan diri dengan Allah :)


Malam 23 Ramadan, Ahad, hujan, sejuk. Tak bahang macam selalu. Ni gambar yang abah ambil pagi dalam pukul 11:00. Selalunya panas, silau. Tapi haritu matahari tak terasa panas. Gambar ni takde edit apa-apa, I tambah watermark je. I tak kata malam tu Lailatul Qadar. Tapi, cantikkan pemandangan ni?

Perasaan yang kita ada sekarang, masing-masing berbeza. Tapi sungguh, kita akan rasa tenang dengan keikhlasan. Buatlah apa pun dengan ikhlas. Walaupun nak lepaskan benda yang paling kita sayang, ikhlaskan. Dengan itu kita akan rasa nikmat ketenangan.

Teruskan beribadah. TANPA SYARAT.

1 comment:

  1. love your sharing dear especially the tips from your abah.. ^__^

    ReplyDelete

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaknya dia berbuat baik kepada jirannya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaknya dia berkata baik atau diam.

(HR. Bukhari Muslim, Ahmad, dan Tirmidzi)